Langkau ke kandungan
Surah 104 · 9 ayat · Makkiyah

Al-Humaza

الهمزة

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

    Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

  2. ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُۥ

    Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

  3. يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ

    Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

  4. كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ

    Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.

  5. وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?

  6. نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ

    (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

  7. ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ

    Yang naik menjulang ke hati;

  8. إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ

    Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

  9. فِى عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍۭ

    (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Makna: Malay Translation - Abdullah Basumayyah. Translated by Abdullah Basumayyah Versi 1.0.0, 2021-01-27. QuranEnc.com

9 ayat

Arab: teks Uthmani Tanzil, versi 1.1. Sumber: tanzil.net